Sebongkah Batu Di Kuala Berang

Faisal Tehrani

You are here: Home - Books - Sebongkah Batu Di Kuala Berang


Sebongkah Batu Di Kuala Berang

Sebongkah Batu Di Kuala Berang By Faisal Tehrani Sebongkah Batu Di Kuala Berang Kisah ini bermula di senuah institusi yang dinamakan Akademi Seni Islam Sekumpulan pelajar tahun akhir perlu menyiapkan tugasan terakhir dengan cemerlang iaitu dokumentari drama yang mengkaji kedatan

  • Title: Sebongkah Batu Di Kuala Berang
  • Author: Faisal Tehrani
  • ISBN: -
  • Page: 215
  • Format: Paperback
  • Sebongkah Batu Di Kuala Berang By Faisal Tehrani Kisah ini bermula di senuah institusi yang dinamakan Akademi Seni Islam Sekumpulan pelajar tahun akhir perlu menyiapkan tugasan terakhir dengan cemerlang, iaitu dokumentari drama yang mengkaji kedatangan Islam ke Tanah Melayu Kisah kedatangan Islam yang dikaji dengan secara terperinci itu dialihkan ke dokumentari drama dengan tuntutan seni yang tinggi Alur ceritanya mulKisah ini bermula di senuah institusi yang dinamakan Akademi Seni Islam Sekumpulan pelajar tahun akhir perlu menyiapkan tugasan terakhir dengan cemerlang, iaitu dokumentari drama yang mengkaji kedatangan Islam ke Tanah Melayu Kisah kedatangan Islam yang dikaji dengan secara terperinci itu dialihkan ke dokumentari drama dengan tuntutan seni yang tinggi Alur ceritanya mula bergolak dengan sikap pelakon yang bermasalah sehingga dokumentari itu gagal memenuhi tarikh akhir Dalam tuntutan tuntutan yang semakin mendesak, Faisal Tehrani memberikan sebuah penyudah yang tidak disangka.
    Sebongkah Batu Di Kuala Berang By Faisal Tehrani

    • READ PDF ↠ Sebongkah Batu Di Kuala Berang - by Faisal Tehrani
      215 Faisal Tehrani
    • thumbnail Title: READ PDF ↠ Sebongkah Batu Di Kuala Berang - by Faisal Tehrani
      Posted by:Faisal Tehrani
      Published :2020-04-27T08:01:30+00:00

    One thought on “Sebongkah Batu Di Kuala Berang

    1. Naim AlKalantani on said:

      Karyanya ini telah diharamkan JAKIM Jangan cari di Popular atau kedai kedai buku dah Yang tak dapat baca padan muka.Aku pun tak tahu apa masalah JAKIM ni.Sebelum ni aku baca kritikan FT melalui karyanya, Sinema Spiritual Dan Sebongkah Batu di Kuala Berang SBDkB ni hampir sama isu yang diutarakan oleh FT dengan Sinema Spiritual.Kalau kau lihat di GoodReads, kau akan nampak orang komen buku ni seperti biasa, FT tidak mengecewakan.Ya, seperti biasa FT tidak mengecewakan Karya ini berat sikit berban [...]

    2. TemBook on said:

      Idea yang dibawakan oleh Faizal Tehrani dalam Sebongkah Batu Di Kuala Berang benar benar membuka minda para pembaca Jalan cerita diserikan lagi dengan sekumpulan anak muda yang ingin membikin dokumentari untuk projek tahun akhir di bawah Akademi Seni Islam Dokumentari tersebut berkisar tentang Batu Bersurat Terengganu Mungkin idea menghentikan pembinaan masjid dan memberi tumpuan kepada filem Islami boleh diterima dalam situasi yang tertentu berdasarkan kepada scenario masyarakat tika ini Sepert [...]

    3. Don ツ on said:

      Informative, sinical, irresistable.Kalau memang ada bajet RM700 ribu buat satu dokumentari islamik tentang Sebongkah Batu di Kuala Berang, agaknya berjayakah ianya dilakukan Novel ini bolehlah nak kata novel sejarah Sejarah tentang teori kedatangan Islam di Tanah Melayu bertitik tolak dari sebongkah batu bersurat yang kita belajar dalam buku sejarah PMR Banyak fakta yang dirujuk dan setiap teori itu diulas dalam bentuk argument Sadly, everything is new to me So I didn t know which is true or whi [...]

    4. Nazmi Yaakub on said:

      HALAMAN HALAMAN awal Sebongkah Batu di Kuala Berang memang pantas mengingatkan kita terhadap novel Jukstaposisi karya Hizairi Othman tetapi nuansa Islam dan gaya wacananya menjadikannya bergerak pada dua landasan yang hampir sama tetapi destinasi berlainan.Namun karya Faisal Tehrani pasca Persuratan Baru dengan karyanya seperti Cinta Hari hari Rusuhan dan Perempuan Politikus Melayu, menuntut kesabaran yang lebih kerana novel mutakhirnya tampil dengan cerita yang tidak lebih daripada kerangka yan [...]

    5. Ririn on said:

      3.5 bintangRingkas kisah ini tetapi sarat dengan pengisian ilmu Naskhah Sebongkah Batu di Kuala Berang yang diangkat menjadi filem dokumentari drama oleh sekumpulan pelajar tahun akhir Akademi Seni Islam Mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu.Selain kajian terperinci dari pelbagai sudut yang diperlukan oleh para pelajar tersebut, timbul juga masalah masalah dengan pelakon pelakon yang dipilih untuk membawa watak watak dalam filem tersebut Susah betul nak mengajar orang yang tidak mahu diajar [...]

    6. Shafaza Zara on said:

      01 Berhempas pulas mencari buku yang khabarnya sudah di banned daripada pasaran Setelah bertanya di Twitter dan menggunakan enjin carian, aku dapat beli naskah ini dengan penghantaran percuma daripada MPH Online.02 Dari sudut pembacaan, naskah ini perlu dibaca dengan minda yang bersedia untuk menapis apa yang kita pegang sendiri Sejujurnya, Faisal Tehrani adalah penulis yang aku suka sejak zaman Kerana Manisnya Epal salah satu cerpen dalam KOMSAS serta catatan ringkas beliau dalam majalah Fokus [...]

    7. Barukisu (Balqis) on said:

      10 April 2011 Was searching for the cheapest, most affordable, readable, historical, newest, and what not Fortunately found one and guess what, by one of my fav author tak sangka Apa lagi, angkat ler satu Malam ni juga baca walau minggu ini ada assessment 12 Januari 2013 dua tahun kemudian baru habis baca buku ni Buku kecil tapi mengambil masa yang lama untuk habiskan Anggap sahaja, setahun lebih ia terperam dalam almari loka Mula membaca seusai membeli, tetpai terhenti kerana memasuki bahagian [...]

    8. Nur Fatin Atiqah on said:

      Mungkin saat kita menamatkan pembacaan novel ini, kita bakal merasakan kisah ini tergantung, kisah ini tunggang langgang dan tidak memuaskan langsung nafsu yang membuak buak inginkan sebuah penceritaan yang lengkap, ada klimaks dan sebagainya Tetapi sebagaimana idea yang diangkatnya, begitulah jalan cerita novel ini Menyampaikan a slice of history dalam bentuk novel dokumentari, yang penuh dengan wacana wacana ilmu yang padat dan mengujakan Saya mahu memetik tulisan penulis sendiri di dalam kary [...]

    9. M. Azhaari Shah Sulaiman on said:

      Meskipun unsur Wacana dan ilmiah menguasai novel ini, namun sesekali kita terhibur dengan satira dan sendaan kepada perwatakan artis di dunia realiti dalam novel ini.Plotnya yang tergantung seakan terasa ada yang kurang beres FT masih FT Klise dengan suasana akademik dan nuansa wacananya.

    10. Kataklicik on said:

      I had great hopes for this one But words fail me This is a Faisal Tehrani offering Almost impossible to comprehend.Dry Reads like an academic paper Plot was nil I can almost see the Tehraniyuns glaring at me with daggers in their eyes So sue me.

    11. Muhammad Fakhruddin on said:

      Resensi penuh di ohbuku resensi sebongkah bSeperti biasa, Faisal Tehrani tak jemu jemu berkhutbah kepada pembaca dengan 1001 fakta dan maklumat yang berguna, buat mengenalkan kita akan sejarah agama dan bangsa Walaupun berfokus kepada Batu Bersurat Kuala Berang yang mencatatkan tarikh kedatangan Islam ke Alam Melayu ini, kita dihiburkan dengan watak watak budaya popular seperti Sharifah Ezzati Nono dan Seeta Adeeni yang tergila gilakan hero Malaya Azhan Kaya Tugasan akhir sekumpulan pelajar Akad [...]

    12. Saadah on said:

      Ini kisah tentang Melayu Kebanggaan Melayu itu adalah pabila dia bergelar Muslim juga Mukmin Kedudukan Islam di sisi Tuhan tidak perlu dipersoalkan lagi, tapi pelbagai soalan timbul apabila menghurai asal usul dan waktu kedatangan agama suci itu ke Tanah Melayu.Seperti biasa, karya FT memang menjadi pilihan, walau dia banyak menimbulkan kontroversi besar dan kecil sehingga laman sesawangnya telah diambil tindakan tegas secara serta merta Dan buku ini adalah karya beliau pertama bersama PTS, seba [...]

    13. Juliana Es on said:

      Jika ada penulis yang mampu memotong barisan buku lain, apatah lagi ketika diri sedang sibuk bersedia menghadapi peperiksaan, Faisal Tehrani adalah salah satu daripadanya.Novel nipis ini sempat saya habiskan dalam beberapa jam sebagai hadiah kepada diri sendiri sesudah letih mengharungi lautan manusia dan buku di PBAKL 2011 untuk membuat pemilihan buku perpustakaan.Saya berpendapat ada novel FT yang lebih baik daripada ini Namun ini tidak bermakna novel ini mengecewakan Dalam gurau diselitkan si [...]

    14. Sarip Dol on said:

      Agenda terbesar buku ini ada dua mengupas gagasan gagasan seperti Islam tsaqafi , sinema spiritual , struktulisme transedental dan lain lain yang mungkin tak tersenaraikan di sini yang mana setiap satunya tidaklah begitu berbeza cakupan intinya dan cubaan membuktikan secara historis bahawa Islam yang dahulunya tiba di Kuala Berang adalah sama dengan yang tiba di Acheh Pasai dan Perlak iaitu yang bermazhab Jaafari dari Farsi Agenda pertama dikupas dengan sangat menarik walau tidak mendalam manaka [...]

    15. Lina Kama on said:

      Entah kenapa saya rasa penulisan FT kali ini agak bernada lembut provokasi yang mudah, berfakta dan bertoleransi Dalam banyak keadaan, setiap perdebatan diseimbangkan dengan fakta bertentangan lantas membiarkan pembaca melakukan inferens sendiri FT tidak pernah gagal membuatkan saya bangga menjadi Melayu dan Islam

    16. Hafiz D on said:

      Kecewa dengan kerangka cerita dan penulisan yang terlalu ringkas, seperti FT sangat teruja untuk menjamu gagasan asal usul batu bersurat serta seni filem hingga terlupa tentang asas estetika sebuah sastera Agak ironi untuk sebuah novel yang bercerita tentang cita cita mahu memberi alternatif kepada filem filem Hollywood, tetapi novel itu sendiri serasa kosong lebih nikmat rasanya jika terus membaca jurnal akademik batu bersurat itu.

    17. Ahmad Arba'in Ali on said:

      Disclaimer Ia semestinya memerlukan sebuah mindset atau mentaliti yang kukuh dan berani apabila membaca apa sahaja karya tulisan Faizal Tehrani ini Sebagai seorang berpegangan Ahli Sunnahwaljamaah, saya seharusnya dahulu perlu tidak sedikit banyak memperadakan pengetahuan apakah itu syiah ism , sebagai penapis dan perisai bagi minda dan hati saya dari disesatkan oleh kehalusan apa sekalipun unsur itu dari pena Faizal Tehrani Nawaitu saya membaca karya beliau wallahi tidak lain bagi menambahkan i [...]

    18. Abrar Shafie on said:

      kena dengan waktu ini dimana saya dalam usaha untuk mengeluarkan satu filem pendek sedikit sebanyak, saya belajar serba sedikit tentang pembikinan filem, walaupun tidak menyeluruhvel ini, komentar awal yang diberikan oleh mak saya, seorang pembaa novel yang tegar, adalah hambar kalau merujuk pada jalan ceritanya yang agak ringkas, ya, saya mungkin bersetuju sepertinya dalam karyanya yang satu ini, fokus Faisal Tehrani adalah lebih kepada isi kandungan, tanpa menitik beratkan jalan cerita kebiasa [...]

    19. Eimad on said:

      Menarik sekali teknik yang digunakan Faisal Tehrani Cerita perihal kedatangan Islam ke Tanah Melayu yang menjadi akan dibikin filem oleh Akademi Seni Islam Juga penerangan berkenaan Islam tsaqafi Saya ingin berteori bahawa Faisal cuba menjustifikasikan kekurangan plotnya dengan menggunakan penerangan perihal filem yang akan dibikin Antara contoh yang terang adalah petikan filem Abbas Kiarostami yang menggunakan teknik slice of life menurut Faisal Saya faham akan teknik itu kerana pernah menonton [...]

    20. As-soliheen on said:

      Ini novel kontroversi Pada awalnya novel ini tersenarai dalam buku buku haram yang dikeluarkan oleh Majlis fatwa Tetapi anda perlu ingat, tidak semua fatwa diwartakan Maka buku ini masih boleh dibaca Mungkin cara sembelihannya tak betul Jadi sekiranya anda was was, jangan baca Semudah itu Biasanya perkara yang haram itu sedap itu bagi mereka orang orang kafir yang mana sedap pada awalnya dan sengsara kemudian hari Banyak juga hujah yang menyatakan ianya haram kerana penulisan pengarang berbau sy [...]

    21. Mohamad Faiz Bin Mohd Jamaluddin on said:

      Seperti biasa, novel Faisal Tehrani tidak pernah mengecewakan dari segi ilmiahnya Teori kedatangan Islam ke Nusantara diwacanakan dalam sebuah cereka yang mungkin membosankan bagi pembaca yang mencari hiburan Novel ini seakan akan sebuah buku sejarah yang berbeza gaya penceritaannya berbanding buku teks biasa Jalan cerita tidak dipentingkan sangat, saya kira, kerana Faisal Tehrani mahu mengangkat wacana ilmu itu ke paras tertinggi berbanding cereka itu sendiri.Secara jujurnya saya agak kecewa de [...]

    22. Rasydan Fitri on said:

      Buku ini menjurus lebih kepada maklumat tentang bidang kesenian Melayu Islam, bagaimana sebenarnya nilai estetika yang diperlukan oleh kita sebagai umat Islam, dan lebih khusus kepada industri perfileman Cerita mengenai Batu Bersurat di Terengganu diletakkan nombor dua dalam novel didaktik ini Boleh dikategorikan bersama novel Tuhan Manusia yang lebih padat maklumat dari plot dan jalan cerita Boleh dikatakan sebuah esei yang diselitkan sedikit jalan cerita Mereka yang lebih cakna dengan gosip go [...]

    23. Nadzirah on said:

      Cerita yang dipaparkan berdasarkan persembahan teater yang bertunjangkan penghayatan Islam merupakan sebab utama saya meminati semua hasil tulisan Faisal Tehrani Dikarang dari hasil rujukan, kajian dan pengetahuan yang mendalam Ada elemen sarcasm , kritikan tetapi disulami nasihat, sejarah tentang kedatangan Islam ke Tanah Melayu yang menginsafkan diri Saya baca buku ni dari tahun lepas lagi sebenarnya.Memang sesuai untuk jiwa yang dahagakan perlukan peringatan, pengetahuan dan penghayatan agama [...]

    24. Suhana on said:

      Saya ingat lagi, sewaktu novel nipis ini saya pegang buat pertama kalinya Dahi saya terus berkerut jadi hairan, Eh betulkah ni novel FT Sebab antara banyak banyak novel beliau, novel ini yang sangat nipis.Tolak mengenai isi isi lain Ianya berkisarkan batu bersurat yang menyatakan kedatangan Islam suatu waktu dahulu.Membaca untuk pengetahuan kita,dan kita nilai sendiri.Watak watak pelajar yang diberi tugasan akhir juga menjadi penyeri jalan cerita Namun tugasan akhir mereka gagal Dan penamat nove [...]

    25. Faaizz d zul on said:

      buku ni dalam genre when i turn to the next page i need to repeat the previous pagetulisan FT sangat sarat dengan perkumpulan fakta ttg kemasukan Islam ke alam Melayu yg mendirikan argumen tentang siapa yg menjadi pemula argumen dimulakan dgn hujah hujah luar dari beberapa rujukan oleh beberapa tokohmbil sambil tu, ia megkritik industri seni perfileman secara padu, pengharaman buku ni sudah ditarik balik kan

    26. Eiju adnan on said:

      This book portrays good plot regarding the Islam tsaqafi and how it has made Tanah Melayu people changed its belief to The Greatest and The only One, ALLAH Nowadays, many have forgot or not even don t want to know how exactly Islam reach Tanah Melayu or called Malaysia today So, this book generally tells you that we need to aware that sometimes dakwah it s not about NO and YES or HARAM and HALAL , but its about how you can attract them in the way they like A MUST READ Book

    27. Hanan on said:

      Quite dense with ideas and philosophy However, reader has to be aware of the author s school of thought and being selective in believing ideas proposed in this book The author has managed to make me feel like doing research to find out whether all his claims in this book are valid I wish I have time to do this as I have so many books to read.

    28. Amirul Mohamed on said:

      Buku ini nipis, tetapi untuk saya menghabiskan pembacaan saya perlu 3 hari Keluarga mentertawakan saya, kerana lambat mencerna buku senipis itu Seperti biasa, karya faisal tehrani memang begitu Saya beri dua bintang kerana tidak cukup kuat bagi saya Dan saya tidak tahu apa itu Kekuatan yang saya mahukan D

    29. Siti Noor on said:

      Sebuah novel tetapi dapat dikategorikan sebagai novel sejarah yang padat dengan fakta Saya perlu mencari rujukan lain selepas membaca buku ini sangat menarik dan menanbah ilmu pengetahuan tentang kedatangan islam di tanah melayu awesome Tak pernah mengecewakan setiap novel yang ditulis oleh Faisal tehrani.

    30. Emily Iliani on said:

      I thought the narration was unclear and too technical I wish the love for that slab of stone could be felt after reading the whole book, unfortunately not once was I mesmerized by the beauty of the historical impact nor the writing style It was a dry spell for FT, I suppose Perhaps the reason why he had to find a different publisher.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *